Quantcast
Channel: The Other Side Of Me! » Property Matters
Viewing all articles
Browse latest Browse all 31

suku juta | wakif’s blog

$
0
0
Sekarang tinggal 2+1, tak tahu sempat/mampu ke tak aku nak capai target tu sebelum akhir 2012. Walau macam mana pun Azam 2012 aku itulah yang membuatkan aku terus fokus untuk kejar target aku.
Selepas beberapa kali gagal dalam lelongan sebelum ini, akhirnya hari rabu 27/6 aku menang jugak. Barangkali ini memang dah rezeki aku, sebab aku tahu pasal unit yang aku menang ni pun sehari sebelum hari lelongan. Itupun ejen aku bagitau semasa tengah bidding sebuah unit di Sri Kembangan yang mana aku kalah dengan harga RM147K (limit aku RM146K).
Ejen aku bagitau yang pada mulanya client dia yang lain nak masuk untuk unit ni, tapi last minute tak jadi. Unit ni pun dah siap di survey. Aku pun cepat2 buat survey kat internet pasal unit ni… berapa MV, kadar sewa dan juka lokasi. Kemudian aku decide untuk masuk. 
Pada mulanya limit aku hanya RM251K sahaja, tapi tiba2 aku rasa nak naikkan sikit limit tu jadi RM261K… maybe sebab dah rezeki aku kot dan akhirnya aku menang dengan harga RM256K (estimated 15% below MV).

Gambar Hiasan
Sebelum masuk lelong aku dah survey dengan pegawai MBSB yang uruskan loan aku sebelum ni. Mengikut perkiraan pegawai tu InsyaAllah aku tiada masalah untuk dapatkan 90% pembiayaan untuk unit ini. Dan InsyaAllah rumah yang akan datang juga aku masih boleh dapat 90% dengan syarat rumah tu bukan berharga RM1 juta… huhuhu.
So, next week aku kena submit loan application. InsyaAllah kalau dah lulus nanti terus boleh start untuk kejar target aku yang seterusnya. Loan approval biasanya tak lama, maybe dalam masa 1-2 minggu.
p/s : teruskan berusaha jangan putus asa… sebab rezeki tu Allah yang tentukan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 31

Trending Articles