Kesinambungan kisah tak jujur.
Untuk mencari kepastian aku contact balik tenant tersebut dan juga mendapatkan penjelasan dari ejen tersebut untuk mencari kebenaran tentang cerita ini supaya tiada pihak yang teraniaya.
Ini perbualan aku dengan Tenant :
Aku : Salam, nak tanya sikit pasal sewa 650 tu… confirm ke u bank in 650 kat ejen tu? atau u bagi kat member u dan dia yang bayarkan? tq
Sahail : Confirm ejen tu nama dia XXX kan..?
Aku : Yup… XXX… dia yang minta 650 ke?
Sahail : Harga tu masa advert kat mudah masa kami cari rumah…
Aku : Ok tq… sejak bila u bayar 650?
Sahail : Dari 1st month bayar bulan April 2012.
Aku : Ok, tq.
Ini pula perbualan aku dengan Ejen tersebut :
Aku : Salam XXX, nak tanya… kenapa tenant medi bayar sewa 650?
XXX : Memang sewa dia 650. Inikan penyewa baru.. yang bayar 500 tu penyewa lama husband and wife… sebab tu agreement tak ada lagi.
XXX : Dah bagitau masa jumpa di KLCC, masa aku pass no contact penyewa semua.
(aku tertanya2, mungkinkah aku mengalami penyakit memory lost…;))
Aku : ??? TA baru sewa 500 (TA bertarikh : 4/3/2012)
XXX : Itu untuk purpose of stamping.
(kalau betul, adakah logik aku nak save duty stamp yang hanya beberapa ringgit tu jika dibandingkan dengan ‘hilang punca pendapatan’ sebanyak RM150 yang aku boleh gunakan untuk support loan application aku yang seterusnya. Cara kira duty stamp kat sini : duty stamp)
Aku : Kalau ikut Tenant dia startbayar 650 sejak April 2012… dah 4-5 bulan aku tak tahu pun sewa 650 and tak pernah dapat pun sewa amount tu…
XXX : Sebelum ni aku pernah transfer kat kau ke? Berapa? Ada beberapa bulan yang aku tak transfer..
Aku : Tau xpe dah lama tak transfer kan…;) bulan 4-7 confirm xde transfer… bulan2 sebelum tu aku xleh check maybank history… maybe ko boleh check…
Aku : Plus duit deposit sekali mana?
tut tut… xde reply sehingga entry ini ditulis.
![]() |
Tenancy Agreement |
Aku pernah cerita pasal masalah rumah sewa ni kat sini : masalah rumah sewa
Setakat tu jelah malas aku nak ungkit2 cerita2 lama… kot2 ada lagi cerita lain yang tak best keluar.
p.s. : Sewa bulan April – July 2012 (650 x 4 = RM2,600) + Deposit 2 bulan (RM650 x 2 = RM1,300) = RM3,900 (Pendapatan kasar seblum ditolak fee2 yang berkaitan). Kalau dapat ni aku ingat nak angkat Samsung Galaxy Note 2 lah yang bakal keluar nanti…;)