Bab 1: Rumah #1
Taman Saujana 2, Paka Terengganu (March, 2002)
“Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan.”
(Imam asSyafie)
Aku mula bekerja pada August 2000 di Kertih, Terengganu sebaik sahaja tamat pengajian di UKM. Sebagai anak kedua dalam keluarga (anak pertama yang bergaji tetap) banyak perkara yang aku kena buat untuk keluarga.
Antara perkara pertama yang aku lakukan adalah membuat personal loan sebnyak RM10 ribu untuk membaiki rumah ibubapa di kampung. Rumah yang sangat daif dan hanya menunggu masa untuk roboh. Bagi aku itu adalah right thing to do pada masa tersebut, walaupun terpaksa membuat personal loan.
Gaji aku pada masa tersebut adalah RM2,050.
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Rumah di Kampung Kutan Hilir, Kelantan
Perkara kedua yang aku lakukan adalah dengan membeli sebuah kereta Perodua Kancil 660X yang pada mulanya dengan tujuan untuk dijadikan kereta sewa. Tetapi ia tidak menjadi kenyataan. Memandangkan ia adalah kereta pertama dalam keluarga aku, maka ianya selalu fully booked setiap kali aku pulang ke kampung.
Kereta ini sangat berjasa pada aku dan keluarga. Dengan kereta ini jugalah aku meredah perjalanan dari Kota Bharu ke UIA Gombak menghantar adik belajar disana pada tahun 2001.
Rumah Pertama
Membeli sebuah rumah, bukanlah satu perkara yang mudah. Aku menjadi orang pertama dalam keluarga yang berbuat demikian. Tiada mentor atau tiada sesiapa yang boleh diikuti pada masa tersebut.
Apatah lagi ia bakal membabitkan bayaran bulanan yang besar setiap bulan. Selain daripada itu ia juga melibatkan satu proses yang agak kompleks untuk aku fahami. Tidak dinafikan, perasaan takut mula menguasai diri.
Tetapi setelah berfikir panjang dang membuat sedikit analisis aku nekad untuk membeli rumah yang pertama. Ia merupakan sebuah rumah semi-detached.
Sekitar tahun 2002, harga rumah sewa (semi-detached) di kawasan Paka/Kertih, Terengganu adalah dalam lingkungan RM700 – RM1,000. Manakala pada perkiraan aku, bayaran ansuran bulanan juga adalah sekitar RM800. Jadi membeli rumah adalah pilihan yang terbaik untuk aku pada masa tersebut.
Kiraan matematik mudah:
Rental Paid |
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
Bank Installment |
Image may be NSFW. Clik here to view. ![]() |
BUY! |
Jadi, pembelian rumah pertama aku sebenarnya hanya mengikut kiraan matematik mudah seperti diatas. Percayalah ia begitu mudah untuk membuat keputusan.
Aku juga bernasib baik kerana pembelian rumah ini tidak memerlukan modal (hanya beberapa ratus ringgit sahaja sebagai booking) kerana aku mendapat pinjaman 100% yang diberikan oleh syarikat aku bekerja.
Maklumat rumah:
Jenis Rumah: Semi-Detached
Harga Beli (2002): RM101,855
Harga Jual (2015): RM240,000
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Rumah di Taman Saujana 2, Paka Terengganu
Hadiah Perkahwinan
Apa sebenarnya yang trigger aku untuk beli rumah? Tidak lain dan tidak bukan adalah perkahwinan aku sendiri. Ini kerana sudah menjadi tanggungjawab seorang suami untuk menyediakan tempat berlindung kepada keluarga. Ia menjadi motivasi yang besar untuk aku.
Ia merupakan rumah under construction pertama yang aku beli. Rumah ini siap (vacant possession) seminggu selepas majlis perkahwinan aku iaitu pada 28 September 2002.
Rumah ini menjadi hadiah perkahwinan terbaik untuk aku dan keluarga.
(bersambung di Part 2)
http://www.wandomme.com/2016/11/kisah-2x-rumah-bab-1-rumah1-part-2.html