Quantcast
Channel: The Other Side Of Me! » Property Matters
Viewing all articles
Browse latest Browse all 31

Duit Digital vs. Duit Batu

$
0
0

1. Dengan keadaan nilai matawang (bukan sahaja MYR) yang semakin hari semakin menurun berbanding USD, apakah pilihan terbaik untuk kita mengekalkan ‘nilai’ duit tersebut? Dalam tulisan kali ini, saya akan berkongsi salah satu pilihan yang saya buat untuk mengekalkan (malah menambahkan) nilai duit tersebut.

2. Saya namakan strategi ini sebagai duit digital vs. duit batu.

3. Duit digital adalah, angka-angka yang dapat kita lihat didalam akaun bank ataupun institusi simpanan kita melalui secara elektronik ataupun melalui buku pelaburan/simpanan. Ia tidak lebih sekadar angka-angka sahaja berbanding duit fizikal yang kita pegang.

Nota : Duit fizikal yang berada dipasaran adalah sekitar 5%-8% sahaja, selebihnya adalah dalam bentuk angka-angka didalam akaun bank.

4. Apa itu duit batu? Duit batu mengikut definisi saya ialah nilai duit dalam bentuk batu (bahasa mudahnya) iaitu dalam bentuk rumah atau bangunan. Dimana kita tukarakan duit fizikal ataupun duit digital ke dalam bentuk batu dengan cara membeli rumah atau bangunan (property).

duit batu

duit batu

5. Apakah pro dan kontra diantara kedua pilihan ini (simpan duit digital ataupun simpan duit batu)?

a. Jika simpanan kita dalam bentuk digital, sekiranya matawang kita terus jatuh, secara langsung nilai duit kita juga akan jatuh.

b. Jika berlaku kejatuhan nilai matawang yang teruk atau krisis ekonomi yang teruk, kemungkinan besar kita tidak dapat mengeluarkan duit simpanan kita (ataupun pengeluaran dihadkan). Ini yang berlaku di Greece sekarang ini.

c. Secara perbandingan, simpanan/pelaburan dalam bentuk duit digital sebenarnya banyak terhakis oleh kadar inflasi. Walaupun mungkin kita mendapat pulangan sebanyak 8% setahun (sebagai contoh), sebenarnya ia belum lagi ditolak dengan kadar inflasi (2% pada April dan May 2015)

Nota : Kadar inflasi secara tidak rasmi adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan data rasmi yang dikeluarkan oleh BNM. Ini dapat dirasai dengan kadar kenaikan harga barangan yang naik secara mendadak sejak kebelakangan ini.

d. Sebaliknya kadar pulangan simpanan/pelaburan dalam duit batu adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan simpanan/pelaburan dalam bentuk duit digital. Melalui pengalaman saya, harga rumah akan meningkat sebanyak 2 kali ganda dalam masa 5 tahun (di Lembah Klang).

e. Sebagai contoh, jika kita beli rumah berharga RM100K (andaikan secara tunai) pada tahun 2009, harga rumah tersebut telah menjadi RM200K pada tahun 2015. Iaitu peningkatan sebanyak 100% dalam masa 5 tahun atau sebanyak 20% setiap tahun.

f. Selain dari itu juga, rumah adalah keperluan asas manusia (seperti yang terkandung dalam buku teks sains darjah 2) dan sentiasa akan menjadi keperluan manusia. Ini menjadikan simpanan/pelaburan dalam bentuk duit batu lebih stabil dan terjamin.

Rumah adalah keperluan asas.

Rumah adalah keperluan asas.

6. Ya, tidak semua duit digital atau duit fizikal kita perlu ditukar kepada duit batu kerana ia juga perlu untuk kita menjalani kehidupan seharian (makan, minum, bayar kereta, melancong dan sebagainya).

7. Namun begitu, duit batu juga ada kelemahannya, iaitu ia tidak mudah untuk dicairkan (nama pun batu). Dalam keadaan biasa ia mungkin mengambil masa sehingga 5-6 bulan untuk dicairkan.

Disclaimer : Ini adalah pandangan peribadi penulis, setiap orang perlu menilai tahap risiko masing-masing sebelum mengambil sesuatu tindakan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 31

Trending Articles