Quantcast
Channel: The Other Side Of Me! » Property Matters
Viewing all articles
Browse latest Browse all 31

Mid Year Review

$
0
0

Nampaknya 6 bulan tahun 2014 telah berlalu dengan begitu cepat. Rasanya masih belum sempat untuk buat apa2 yang significant. Walaubagaimanapun sekarang adalah masa untuk melihat dan menilai pencapaian untuk setengah tahun 2014.

Strategi atau azam 2014 aku adalah begitu simple. Boleh lihat di entry ini : Strategi 2014.

1. Jual 2 unit rumah kos sederhana – Alhamdulillah kedua2 rumah tersebut dapat dijual dalam masa kurang dari seminggu. 1 unit telah selamat tandatangan sale and purchase agreement, manakala untuk  1 unit lagi, loan buyer masih belum diluluskan.

2. Jual 2 lagi unit landed dan kondominium kepada wakif property sdn bhd – Pada mulanya macam takde harapan sebab tak ada bank yang sanggup memberi pinjaman kepada wakif property untuk pembelian 2 unit rumah ini. Tapi baru2 ni ada hamba Allah yang sudi membantu, so sekarang ni permohonan telah pun dihantar dan hanya menunggu keputusan sahaja.

3. Beli sekurang2nya 2 unit kondominium atau landed property – Secara tak sengaja aku dah terbeli 1 service apartment di Puchong dan sebuah lagi apartment di Klang (yang ni JV dengan adik aku). Walaubagaimanapun misi untuk pembelian 2 unit kondominium atau landed property ini masih berjalan. InsyaAllah akan direalisasikan paling awal pada September 2014.

4. Berpindah ke rumah baru – Alhamdulillah telah selamat berpindah dari blogspot ke dot com.

5. Penuhkan tabung haji – InsyaAllah dalam masa terdekat, actually dah penuh tapi jadi tak penuh balik… huhuhu.

Selain daripada yang diatas, aku juga telah refinance sebuah apartment di Puchong (Plan B kerana loan untuk wakif property tidak dapat diluluskan pada masa itu). Tujuan aku refinance adalah untuk mengambil kembali modal yang telah dilaburkan sebelum ini dan juga kerana harga apartment itu telah meningkat melebihi 100% dalam masa kurang 4 tahun.

Semoga semua target untuk tahun 2014 akan tercapai, InsyaAllah.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 31

Trending Articles