1. Mengikut perancangan jangka panjang, saya akan menetap di Lembah Klang. Oleh sebab itu saya berkira2 untuk membeli sebuah landed house yang mana jangka masa paling awal untuk pindah masuk ke rumah tersebut adalah pada penghujung tahun 2018.
2. Bertitik tolak daripada rancangan tersebut, saya telah membuat keputusan untuk membeli sebuah landed house (double storey (end/corner lot) atau Semi-D). Saya telah membuat site viewing untuk beberapa projek yang telah saya shortlisted iaitu Tropicana Heights, Setia Ecohill, Eco Majestic, Alam Sari, Bandar Puteri Bangi dan beberapa lagi.
3. Apa yang saya perolehi, untuk mendapatkan rumah seperti diatas, bajet yang diperlukan adalah sekitar RM900K – RM1.5M. Itulah harga yang perlu dibayar.
4. Kemudian saya buat sedikit kiraan seperti dibawah:
Sebagai contoh:
Harga rumah = RM1.3M
Diskaun (10%) = RM130K
Deposit yang perlu dibayar (LTV 70%) = RM390K – RM130K = RM260K (lebih kurang dalam masa 1 tahun)
Rumah dijangka siap dalam masa 2-3 tahun.
5. Ini bermakna saya terpaksa mengeluarkan cash sebanyak RM260K dalam masa setahun. Satu jumlah yang besar bagi saya (sebenarnya bercadang untuk menggunakan duit KWSP).
6. Selain daripada bayaran sebanyak RM260K tersebut, saya juga terpaksa membayar progress payment sepanjang tempoh 2-3 tahun tersebut. Anggaran bayaran bulanan (purata) untuk tempoh 3 tahun adalah sekitar RM2K- RM4K sebulan.
7. Secara mudah, saya ambil RM3k/sebulan x 3 tahun x 12 bulan = RM108K
8. Kadar bayaran bulanan untuk pinjaman RM1.3M x 70% adalah sekitar RM4,600 sebulan selama 30 tahun.
9. Kesimpulannya, jika saya teruskan niat untuk membeli landed house (new launch) tersebut sekarang, saya kena sanggup mengeluarkan tunai sebanyak RM260K + RM108K dalam tempoh 3 tahun. Persoalannnya, adakah ia suatu langkah yang bijak?
10. Setelah berbincang dengan beberapa orang kawan, terdapat pilihan lain yang boleh dipertimbangkan jika ingin memiliki landed house pada tahun 2018. Apakah pilihan tersebut?
Nantikan sambungannya di bahagian ke-2.
P.S : Ada betul ke saranan Prof Dr. Hoo Ke Ping?