Quantcast
Channel: The Other Side Of Me! » Property Matters
Viewing all articles
Browse latest Browse all 31

Mission 2016 and Beyond

$
0
0

Wawasan 2020

  1. Bila aku mulakan perjalanan dalam pelaburan hartanah pada tahun 2009, secara jujurnya aku tidak nampak dengan jelas kemana hala tuju pada masa itu. Apa yang aku tahu adalah untuk membeli rumah sebanyak mungkin.
  2. Target untuk 5 tahun yang pertama (2009 – 2014) adalah untuk memiliki 15 – 20 unit rumah (dengan harga purata setiap rumah adalah RM100K). Ini kerana sasaran aku ketika itu adalah apartment medium cost.
  3. Kemudian aku menukar sedikit strategi, iaitu bukan bilangan rumah yang menjadi keutamaan tetapi kualiti (nilai) rumah tersebut yang lebih utama. Ini selaras dengan dasar pelaburan baru dimana aku telah beralih daripada apartment medium cost kepada service apartment ataupun condominium.
  4. Alhamdulillah target tersebut berjaya dicapai pada penghujung 2014.
  5. Tahun 2015 adalah tahun yang cemerlang, dimana aku berjaya mendapatkan 7 unit hartanah dengan harga purata RM260K untuk setiap unit tersebut. Ini merupakan personal record yang baru.
  6. Kini, di ambang tahun 2016, segalanya nampak begitu jelas kemana arah hala tuju pelaburan hartanah aku.
  7. Dimana aku telah merangka 5 Years Financial Roadmap @ Wawasan 2020 dengan tujuan untuk menjadi guidance dan rujukan untuk tempoh 5 tahun akan datang (2016 – 2020).
  8. wandomme roadmapAku juga menetapkan target untuk mengurangkan liability lain terutamanya loan kereta ke tahap yang minimum.
  9. Target untuk tahun 2016 adalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 6 unit hartanah. InsyaAllah semoga dipermudahkan.

P/S : Roadmap akan dikemaskini termasuk penambahbaikan akan dilakukan setiap 6 – 12 bulan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 31

Trending Articles